Tuesday, September 29, 2009

HANTU KOPEK

Dikenali dengan panggilan hantu kopek dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Hantu ini amat terkenal di kawasan Utara Semenanjung malaysia terutama di Utara Perak. Hantu ini gemar memakan cacing dan tinggal di pokok-pokok yang bersaiz besar.

Menurut cerita orang tua-tua, hantu ini adalah jelmaan orang perempuan yang mati kerana kecewa tidak mempunyai anak. Sifat hantu ini ialah amat gemar kepada kanak-kanak dan dikatakan akan menyorok budak-budak kecil jika mereka tersesat dan merayau seorang diri di kawasan sunyi.

Biasanya hantu ini akan keluar pada waktu maghrib hinggalah menjelang subuh untuk mencari makan dan sebagainya. Hantu ini juga amat takut jika terdengar laungan azan. Hantu ini amat berminat dengan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun kerana fizikal mereka yang kecil dan mudah disorok. Hantu kopek akan menculik kanak-kanak pada waktu maghrib. Kanak-kanak yang diculik akan diberi minum susunya yang mengandungi nanah.

Selain diberi minum susu bercampur nanah, kanak-kanak yang diculik juga diberi makan mee goreng yang mengandungi cacing tanah. Kanak-kanak yang terminum susunya akan lupa kepada keluarga mereka. Kanak-kanak ini akan disorok hinggalah ada pihak yang mempunyai kemahiran tertentu untuk mengesan di mana kanak-kanak tersebut disorok.

Disediakan oleh : Encik Nazri Ghani.
Ilustrasi dan cerita asal : Encik Anuar Albar Bakri.

No comments:

Post a Comment